Thursday, April 24, 2008

Pengumuman Perubahan Laman Web PKG

Bermula Mac 2008, pihak PKG Parit Raja telah mempunyai domain sendiri. Web kami yang baru mempunyai Web Base yang boleh membantu ahli PKG untuk mencapai maklumat terkini dari semasa ke semasa. Sehubungan itu masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki lagi. segala komen dan pendapat boleh diluahkan di ruangan pendapat. Mohon maaf kerana lambat membuat pengumuman kepada semua pengguna. Sekian harap maklum.

Sunday, June 17, 2007

Bengkel Pengurusan ICT Sekolah dan Pemurniaan Laman Web Fasa 2

25 Jun 2007 : Pusat Kegiatan Guru Parit Raja dengan kerjasama PPD Batu Pahat menganjurkan Bengkel Pengurusan ICT Sekolah dan Pemurniaan Laman Web Fasa 2 di Bilik Mesyuarat

Bengkel Pusat Akses Sekolah Pkt Daerah Batu Pahat

22 Jun 2007 : Bengkel Pengurusan Pusat Akses Sekolah Daerah Batu Pahat untuk Pengetua, Guru Besar dan Penyelaras Pusat Akses Sekolah. Intipati bengkel adalah untuk membantu para sekolah dalam pengurusan pusat akses sekolah dan permasalah berkaitan perjalanan dan pembangunan pusat akses sekolah. Taklimat akan disampaikan oleh Penolong Pengarah BTP Negeri Johor (Tn Hj Misti Kana) dan Pegawai Teknologi Pendidikan BTP Negeri Johor (Tn Hj Rahman Giman).

Tuesday, May 22, 2007

Bengkel Pengurusan Nilam Fasa 1 & Pengautomasian PSS

23 Mei 2007 : Rabu, Pusat Kegiatan Guru Parit Raja mengadakan Bengkel Pengurusan Nilam Fasa 1 dan Pengautomasian PSS. Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini data nilam menerusi program e-nilam. Data nilam yang diperolehi adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam menerokai buku-buku ilmiah. Selain itu, pihak urusetia telah mengambil kesempatan untuk membantu perpustakaan sekolah ahli PKG Pt Raja dalam pengautomasian perpustakaan. Seramai 24 orang guru yang terlibat dan 4 orang fasilitator. Semoga bengkel ini dapat membantu pihak sekolah untuk membimbing anak bangsa yang tercinta mencapai inspirasi negara iaitu pembangunan modal insan. Insan yang berilmu perlu melengkapi diri dengan dapat mengawal emosi agar perilaku kita lebih teratur rapi.

Sunday, May 13, 2007

Wacana Penyelidikan Teknologi Pendidikan N. johor

13 - 15 Mei 2007 : Hotel New York, Johor Bahru. Wacana Penyelidikan Teknologi Pendidikan Negeri Johor yang dihadiri oleh semua Pegawai Teknologi Pendidikan Seluruh Negara.

Wednesday, May 2, 2007

Bengkel Pembinaan Laman Web Sekolah

3 Mei 2007 : Bengkel di hadiri oleh Sekolah ahli PKG Pt Raja & Ayer Hitam

Nota berkaitan pembinaan Web : http://www.savefile.com/files/686375

Tuesday, April 24, 2007

SENARAI PUSAT AKSES (JOHOR)

Sehubungan itu, Hj Misti telah menyerahkan senarai nama PAS yang baru. Senarai Pusat Akses (Johor) tersebut boleh di muat turun. Selepas itu semua PKG daerah Batu Pahat di kehendaki menyenaraikan sekolah yang belum menerima PAS dengan mengikut keutamaan. Sebarang kemusykilan sila hubungi En Dzainal PKG Pt Raja

Monday, April 23, 2007

Selamat Kembali Bertugas

Pihak Pentadbiran PKG Pt Raja mengucapkan selamat bertugas ke PKG Parit Raja. Semoga En Dzainal dapat meneruskan kerjaya sebagai Ketua PTP PKG dengan lebih cemerlang. Semoga berjaya.

MAKLUMAT PENGURUSAN PKG 2007

Sempena musim mesyuarat pengurusan PKG, PKG Pt Raja sangat berbesar hati untuk menyumbangkan fail berkaitan data mesyuarat pengurusan PKG bagi 2007. Data berikut boleh di muat turun melalui ruangan download dengan tajuk "Mesyuarat Pengurusan PKG 2007". Segala kekurangan dalam data tersebut didahului dengan jutaan ampun. Selamat menggunakan dengan cermat.

SENARAI KEPERLUAN PKG DAERAH BATU PAHAT

Keperluan PKG yang pihak tuan telah hantar ke En Arpah semalam telah siap dikemaskini. Anda di minta download fail keperluan PKG untuk sebagai simpanan. Kerjasama didahului dengan jutaan terima kasih.

KURSUS PSS

KURSUS PSS
Membina Vedio Klip Kursus di D'Village, Melaka

KENANGAN BERSAMA PENGARAH JPNJ

KENANGAN BERSAMA PENGARAH JPNJ
Sempena Lawatan Banjir YB Menteri Pelajaran di SK Seri Teluk